Monday 26 November 2012

Berhijab: Tuntutan atau Trend?





"WAHAI Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Ahzab, ayat 59)  



Aliran perkembangan fesyen bertudung bergerak pantas.  Mungkin ada dikalangan remaja yang berasa tertekan untuk menyesuaikan diri dengan gaya trend terkini. Jangan katakan remaja, makcik-makcik pun turut sama juga!  Tanpa sedar, ketaksuban mengikut aliran tersebut telah menjadi sebahagian daripada aksesori bagi seorang wanita.  Menutup rambut(aurat) adalah suatu kewajipan yang ditetapkan di dalam Islam.  Oleh itu, trend memakai hijab boleh dijadikan langkah pertama untuk menjadi muslimah yang diredhai Allah. 

Terdapat dua kemungkinan seseorang itu berhijab pada masa kini, pertama kerana dia benar-benar mahu menutup aurat seperti yang di gariskan dalam Islam. Kedua, berhijab kerana mahu kelihatan cantik, cute semata-mata.  Walaupun fesyen boleh menjadi daya penarik untuk lebih ramai wanita bertudung, tindakan itu seperti mempermainkan hukum Allah.
 
Bagi remaja yang terlalu taksub dengan fesyen, kenalah pandai memilih pakaian dan jenis tudung.  Jangan memilih fesyen tudung terlalu 'berat' atau merimaskan sesiapa yang memandang.  Kak Lisa ada cadangan mengenai fesyen ringan untuk remaja.

*Fesyen yang ringan dan sesuai untuk remajakan? Ia fesyen kasual*
 

*Ini fesyen muslimah kontemporari,tetapi anda perlu bijak sesuaikan fesyen pada waktu tertentu*



*Ini pula? Fesyen muslimah santai.  Nampak rugged sikitkan?*
                                                  
            

Rasa-rasanya, cukup tak info yang Lisa Ahmad beri? Hope cukup ya !

note: Kalau nak menutup aurat, perlu ikhlas kerana Allah.  Bukan kerana mahu nampak cantik, orang suruh.  Insyaallah kalau hati kita ikhlas, maka Allah permudahkan segala dugaan dan pengorbanan kita.

Akhir kata, berfesyen perlu mengikut syarak yang ditetapkan ya !  Bagi remaja di luar sana, fesyen muslimah jangan terlalu 'berat' sangat sebab nanti kita kelihatan tua, ya tak ? Fikirdan nilailah sendiri. =D

Get to go yah!


Sekian ,
Lisa...                    

Wednesday 21 November 2012

Jauhi Masalah Botak di Usia Muda!


          



Kak Lisa rasa ramai yang mempunyai masalah rambut, ya tidak? Setiap kali membilas atau menyikat rambut, pasti ada sahaja yang gugur.

Bagi mereka yang berambut tebal, ia mungkin tidak menjadi problem. Tetapi, berlainan pula bagi mereka yang mempunyai rambut nipis. Apa tidaknya, masalah tersebut boleh membuatkan rambut botak disesetengah tempat.

Selain itu, bagi yang tidak bertudung, bukan beragama islam atau lelaki, masalah keguguran rambut juga akan membuatkan awak, awak dan awak semua sukar untuk mendapatkan stail rambut yang diidamkan.  Lelaki pula akan hilang ke'macho'an mereka. (Kesian T_T)

Bagi gadis bertudung pula, korang jangan ingat pakai tudung rambut tak gugur ya! 

Bagi mengatasinya, jom ikuti petua kak lisa untuk kamu semua. (baca: harapnya menjadi :3)


Bahan-Bahan

1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu madu
1 sudu minyak zaitun



*Serbuk kayu manis*





                      


*Adoi, meleleh air liur!*
 


    
*Minyak zaitun banyak khasiatnya*
           

1Mula-mula campurkan serbuk kayu manis dan madu. Kemudian, letakkan sedikit minyak zaitun dan gaul sebati. Biarkan campuran tersebut likat seperti syampu.

2Basahkan rambut dan sapukan campuran serbuk kayu manis, madu dan minyak zaitun ke rambut sehingga ke kulit kepala.


3Biarkan campuran tersebut meresap ke kulit kepala selama 15 hingga 20 minit.


4Setelah itu, bilas dengan air suam.


                                
                                          Amalkan tiga kali
                                         seminggu sehingga
                                           rambut kembali 
                                                 sihat.



Okay, semua sudah jelas? Kalau begitu, di next post, insyaallah sis lisa akan share tips-tips lain ya!  Rajin-rajinlah korang jenguk blog Akukah Puteri Itu? ya.




 Sekian,
Lisa si Puteri..  ^_^
             

Tuesday 20 November 2012

Life As A Student in Kolej

           

Hai sayang-sayang semua! Adik-adik Lisa apa khabar? I hope you all feel good. ^_^

Kak Lisa sebenarnya tiada masa mahu on blog.  Tetapi kerana mahu melepaskan tekanan disebabkan assignment yang banyak gila, akak online juga.  Alaa.. kecohlah Arisa ini.  Stay calm okay, Puteri Arisa??  

                    Kak Lisa ada satu cerita.  Eh, macam nenek pula! :P



*KUM Terbaik*
                                  

                                       
                                                    -Dahulu Sebelum Masuk Kolej-


 Kak Lisa selalu bayangkan pasti seronok apabila masuk kampus.  Pasti rasa bangga sebab sudah bergelar siswi.  Lagipun, bukankah orang kata apabila kita sudah jejakkan kaki ke menara gading, itu bermakna kita tergolong dalam insan yang cerdik lagi bijaksana.  Kononnya orang yang pandai-pandai sahaja yang jadi warga kampus ini.

Kak Lisa sangka apabila jadi warga kampus, hidup riang ria sahaja. Selalu sangat tengok drama kisah orang di universiti.

Kak Lisa sangka juga masuk universiti tidak susah.  Ada banyak masa lapang, bukan seperti semasa bersekolah, perlu buat kerja sekolah yang bertimbun seperti ukuran ketinggian adik kak Lisa, Aiman!

 Kak Lisa sangka masuk universiti banyak masa terluang, dapatlah akak selalu bergolek tidur sebab tidak perlu bangun awal pagi seperti mahu ke sekolah.

Kak Lisa bayangkan pasti seronok jadi warga kampus sebab hari-hari berfesyen ke kuliah.  Tidak perlu pakai seragam sekolah yang hodoh dan 'old-school' itu!  Lisa bayangkan apabia ke kampus akak mahu pakai baju warna terang seperti merah jambu or hijau pujuk pisang.  Akak imagine sambil kepit fail, pegang buku tebal, pakai beg selempang di bahu perlu nampak bergaya.  Akak mahu pakai gelang-gelang plastik yang cantik yang selama ni akak tidak boleh pakai di sekolah.

Akak suka bersolek sedikit.  Paling akak suka pakai bedak debu bayi yang wangi bersama pengilat bibir, eye shadow dan sedikit maskara.  Rasa terserlah kecantikan wajah akak yang asli (ceh!).   Semua ni akak tidak dapat buat di sekolah.  Jadi, akak menantikan saat masuk kampus untuk akak buat semua ini. Selalu berangan mahu bersolek comel-comel apabila ke kampus supaya orang pandang bersetuju kak Lisa lebih manis dari muka Maya Karin mahupun Lisa Surihani pelakon terkenal itu. 


*Okay, I'm jealous of you both!*

                                                                      
   Akak pun berangan hendak cari bakal suami di kalangan pelajar lelaki yang paling bijak dan cerdik. Disebabkan cita-cita akak inilah akak tidak mahu bercinta di bangku sekolah dahulu.Bila ada orang mahu berkenalan, akak kata tunggu masuk kolej dulu.

note:  Farid itu just 'teman tetapi mesra' a.k.a pengawal keselamatan akak. Dia belum isi borang mahu jadi 'bakal suami' lagi. T__T



                                 -Apabila sudah bergelar pelajar kampus-

Oh My Vespa!

                                        
                                             

Apa khabar semua?  Harapnya followers kak Lisa sihat.  Kalau tak sihat, roger and out kak lisa di facebook okay? 

                                          http://www.facebook.com/lisa.ahmad.507 

Kepada sesiapa yang belum add lagi, add okay!  We can chat, share something orr 'blablabla'... :P


Anyway, kak Lisa nak kongsi sesuatu, berkenaan vespa tua ayah yang lisa pinjam untuk ke sana ke mari, selalu bawa ke kolej.  Kepada sesiapa yang sudah baca novel yang ada watak Lisa Ahmad, tahukan vespa tua milik ayah Lisa?  Kalau tahu, good. ^_^

 Seriously, kak lisa tidak malu pun bawa vespa itu ke sana ke mari. Ia memudahkan kak Lisa jika mahu ke kolej.  Tidaklah penat sangat mahu menapak ke kolej.  Biarpun ramai yang gelak, tetapi kak Lisa just sabarkan diri dari menumbuk muka mereka.   +_+ 


*Besarnya penumbuk kak Lisa*



                       
  
But, itu lebih baik dari tiada kenderaan right? Itu lebih baik dari menapak kaki sahaja ke kolej yang sederhana jauh dari asrama kampus.

Vespa itu memang buruk. Masa mula-mula minta pada ayah mahu pinjam vespa itu untuk ke kolej, takut juga emak. Alasan emak, takut segala-gala skru, ekzos dan lain-lain tertanggal di tengah jalan.  Sudahlah semput, terhuyung-hayang kak Lisa dibuatnya.  Tidak mengapa, itu diantara dugaan yang perlu akak tempuh.

Mari, kak Lisa tunjukkan vespa buruk milik ayah.


*Ini vespa 60-an milik ayah*
                                               
            
Apa?  Kamu semua pun mahu gelak?  Heh, gelaklah.  Tidak kisah pun.  +_+  Eleh, itu belum basuh lagi lah.  
Kalau sudah basuh, akak confirm, kamu semua pun mahu tumpang sekali bukan? xD

Kata Arisa dan Karina, ia sungguh classic!  Bila mengenakan baju polka-dot dan memakai kaca mata hitam berbingkai putih. Sungguh vintage dan bergaya!  Saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka. Mereka berdua bukan memilih sangat.  Malah mencemburui saya kerana mereka terpaksa menapak ke kolej dan ternganga sahaja melihat akak menunggang vespa buruk itu! O.o

note: Arisa dan Rina, jangan jealous!  : 3

Farid and the gang pula? Ngehh.. tidak usah cakaplah, mereka dulu bukan main gelak lagi apabila melihat kak Lisa menunggang vespa terhuyung-hayang.  Kalau nak naik bukit memang semput sedikit.  Kak Lisa hanya menebalkan muka sahaja.  Kalau turun bukit, kak Lisa harus berhati-hati.  Takut brek tidak makan, nanti tayar cepat haus.  Takut nanti tergelincir ditengah jalan, kak Lisa juga yang 'shy'.  +_+

Apa-apapun, kak Lisa berterima kasih kepada my dad, Encik Ahmad kerana sudi beri pinjam vespa itu. Emak, jangan risau, selama Lisa guna, tak tertanggal pun. xD

By the way..

    


*I love my vespa*
                                            

Sincerelly with love;

Lisa Si Puteri.. ^_^


                           



                                        

Monday 19 November 2012

Salam perkenalan!

                    



                                               AKUKAH CINDERELLA ITU?
                                       (Saya perasan :P)

Kalian buat apa masa cuti sekolah ini?  Me?  Terasa mahu pecah kepala otak memikirkan assignment yang diberi oleh pensyarah.  
                            
                                                           EH!

Before that, awak,awak dan awak semua sudah kenal saya atau belum?  Kalau belum, moh le baca intro mengenai saya. ^_^



*Lisa Ahmad*
                                                     


Nama seperti dalam I.C:Nur Lisa Binti Ahmad.
Tarikh Lahir                :12 March 1992. (awet muda :P) 
Kolej                          :Kolej Universiti Malaysia (KUM)
Adik-beradik               :Anak sulung dari 3 beradik (merana!)
                                  ~Muhammad Syukri 
                                          ~Muhammad Aiman

Err.. cukup tak?  Rasa-rasanya, cukuplah.. :P


Sekarang ini, jom kenali bestie dan teman tapi mesra saya! ^_^


*Tengku Farid* 



                                                  
 Siapa itu? Oh, he is my precious 'boyfriend'! :3 


                                           
*Puteri Arisa*
                                                           

 
 Ini pula? She is my bestie and she's the one of my pillars of strength. ^_^


                          
*Karina Arysha*

                                     
    
  Who is she? Dia ialah sahabat yang selalu memberi semangat, nasihat agar saya menjadi orang yang berguna.   :D



                                                   
*Tengku Nur Keisya*
                                                      


Dia ialah 'si diva kolej'.  But, she is kind. Seronok berkawan dengan dia! ^_^

note: Dia sepupu Farid, but diorang pernah ada skandal tahu! Don't worry, dia budak baik ^_^



*Muhammad Ariel*
             

Just call him Ariel. Dia ini gila sikit.  By the way,  dia ini 'happy-go-lucky', suka sakat orang. ^_^




*Muhammad Nazmi*

                

Nazmi, si kaki bodek dan suka kutuk gadis-gadis gedik.  Apapun, dia kadang-kadang kelam kabut juga orangnya (^__^)




*Ahmad Fatih*

                                              
                 

Ini "ustaz" Fatih. Why we call him ustaz?  Sebab dia suka berceramah ala-ala ustaz Don. :D  


Okey dear-dear semua, ada faham ka mengenai diri saya? Adik-adik boleh panggil saya, kak lisa okay? 


Kalau faham, please give me a hug, girls. Boys, kenyit mata sahajalah! xD

                                      


Sincerelly;

Lisa...