Kak Lisa rasa ramai yang mempunyai masalah rambut, ya tidak? Setiap kali membilas atau menyikat rambut, pasti ada sahaja yang gugur.
Bagi mereka yang berambut tebal, ia mungkin tidak menjadi problem. Tetapi, berlainan pula bagi mereka yang mempunyai rambut nipis. Apa tidaknya, masalah tersebut boleh membuatkan rambut botak disesetengah tempat.
Selain itu, bagi yang tidak bertudung, bukan beragama islam atau lelaki, masalah keguguran rambut juga akan membuatkan awak, awak dan awak semua sukar untuk mendapatkan stail rambut yang diidamkan. Lelaki pula akan hilang ke'macho'an mereka. (Kesian T_T)
Bagi gadis bertudung pula, korang jangan ingat pakai tudung rambut tak gugur ya!
Bagi mengatasinya, jom ikuti petua kak lisa untuk kamu semua. (baca: harapnya menjadi :3)
Bahan-Bahan
1 sudu serbuk kayu manis
1 sudu madu
1 sudu minyak zaitun
![]() | |
| *Serbuk kayu manis* |
![]() |
| *Adoi, meleleh air liur!* |
![]() | |
| *Minyak zaitun banyak khasiatnya* |
1Mula-mula campurkan serbuk kayu manis dan madu. Kemudian, letakkan sedikit minyak zaitun dan gaul sebati. Biarkan campuran tersebut likat seperti syampu.
2Basahkan rambut dan sapukan campuran serbuk kayu manis, madu dan minyak zaitun ke rambut sehingga ke kulit kepala.
3Biarkan campuran tersebut meresap ke kulit kepala selama 15 hingga 20 minit.
4Setelah itu, bilas dengan air suam.
Amalkan tiga kali
seminggu sehingga
rambut kembali
sihat.
Okay, semua sudah jelas? Kalau begitu, di next post, insyaallah sis lisa akan share tips-tips lain ya! Rajin-rajinlah korang jenguk blog Akukah Puteri Itu? ya.
Sekian,
Lisa si Puteri.. ^_^






No comments:
Post a Comment