Apa khabar semua? Harapnya followers kak Lisa sihat. Kalau tak sihat, roger and out kak lisa di facebook okay?
http://www.facebook.com/lisa.ahmad.507
Kepada sesiapa yang belum add lagi, add okay! We can chat, share something orr 'blablabla'... :P
Anyway, kak Lisa nak kongsi sesuatu, berkenaan vespa tua ayah yang lisa pinjam untuk ke sana ke mari, selalu bawa ke kolej. Kepada sesiapa yang sudah baca novel yang ada watak Lisa Ahmad, tahukan vespa tua milik ayah Lisa? Kalau tahu, good. ^_^
Seriously, kak lisa tidak malu pun bawa vespa itu ke sana ke mari. Ia memudahkan kak Lisa jika mahu ke kolej. Tidaklah penat sangat mahu menapak ke kolej. Biarpun ramai yang gelak, tetapi kak Lisa just sabarkan diri dari menumbuk muka mereka. +_+
![]() | ||||
| *Besarnya penumbuk kak Lisa* |
But, itu lebih baik dari tiada kenderaan right? Itu lebih baik dari menapak kaki sahaja ke kolej yang sederhana jauh dari asrama kampus.
Vespa itu memang buruk. Masa mula-mula minta pada ayah mahu pinjam vespa itu untuk ke kolej, takut juga emak. Alasan emak, takut segala-gala skru, ekzos dan lain-lain tertanggal di tengah jalan. Sudahlah semput, terhuyung-hayang kak Lisa dibuatnya. Tidak mengapa, itu diantara dugaan yang perlu akak tempuh.
Mari, kak Lisa tunjukkan vespa buruk milik ayah.
![]() | |||
| *Ini vespa 60-an milik ayah* |
Apa? Kamu semua pun mahu gelak? Heh, gelaklah. Tidak kisah pun. +_+ Eleh, itu belum basuh lagi lah.
Kalau sudah basuh, akak confirm, kamu semua pun mahu tumpang sekali bukan? xD
Kata Arisa dan Karina, ia sungguh classic! Bila mengenakan baju polka-dot dan memakai kaca mata hitam berbingkai putih. Sungguh vintage dan bergaya! Saya bersyukur kerana menjadi sahabat mereka. Mereka berdua bukan memilih sangat. Malah mencemburui saya kerana mereka terpaksa menapak ke kolej dan ternganga sahaja melihat akak menunggang vespa buruk itu! O.o
note: Arisa dan Rina, jangan jealous! : 3
Farid and the gang pula? Ngehh.. tidak usah cakaplah, mereka dulu bukan main gelak lagi apabila melihat kak Lisa menunggang vespa terhuyung-hayang. Kalau nak naik bukit memang semput sedikit. Kak Lisa hanya menebalkan muka sahaja. Kalau turun bukit, kak Lisa harus berhati-hati. Takut brek tidak makan, nanti tayar cepat haus. Takut nanti tergelincir ditengah jalan, kak Lisa juga yang 'shy'. +_+
Apa-apapun, kak Lisa berterima kasih kepada my dad, Encik Ahmad kerana sudi beri pinjam vespa itu. Emak, jangan risau, selama Lisa guna, tak tertanggal pun. xD
![]() |
| *I love my vespa* |
Sincerelly with love;
Lisa Si Puteri.. ^_^




No comments:
Post a Comment