Hai sayang-sayang semua! Adik-adik Lisa apa khabar? I hope you all feel good. ^_^
Kak Lisa sebenarnya tiada masa mahu on blog. Tetapi kerana mahu melepaskan tekanan disebabkan assignment yang banyak gila, akak online juga. Alaa.. kecohlah Arisa ini. Stay calm okay, Puteri Arisa??
Kak Lisa ada satu cerita. Eh, macam nenek pula! :P
![]() |
| *KUM Terbaik* |
-Dahulu Sebelum Masuk Kolej-
Kak Lisa selalu bayangkan pasti seronok apabila masuk kampus. Pasti rasa bangga sebab sudah bergelar siswi. Lagipun, bukankah orang kata apabila kita sudah jejakkan kaki ke menara gading, itu bermakna kita tergolong dalam insan yang cerdik lagi bijaksana. Kononnya orang yang pandai-pandai sahaja yang jadi warga kampus ini.
Kak Lisa sangka apabila jadi warga kampus, hidup riang ria sahaja. Selalu sangat tengok drama kisah orang di universiti.
Kak Lisa sangka juga masuk universiti tidak susah. Ada banyak masa lapang, bukan seperti semasa bersekolah, perlu buat kerja sekolah yang bertimbun seperti ukuran ketinggian adik kak Lisa, Aiman!
Kak Lisa sangka masuk universiti banyak masa terluang, dapatlah akak selalu bergolek tidur sebab tidak perlu bangun awal pagi seperti mahu ke sekolah.
Kak Lisa bayangkan pasti seronok jadi warga kampus sebab hari-hari berfesyen ke kuliah. Tidak perlu pakai seragam sekolah yang hodoh dan 'old-school' itu! Lisa bayangkan apabia ke kampus akak mahu pakai baju warna terang seperti merah jambu or hijau pujuk pisang. Akak imagine sambil kepit fail, pegang buku tebal, pakai beg selempang di bahu perlu nampak bergaya. Akak mahu pakai gelang-gelang plastik yang cantik yang selama ni akak tidak boleh pakai di sekolah.
Akak suka bersolek sedikit. Paling akak suka pakai bedak debu bayi yang wangi bersama pengilat bibir, eye shadow dan sedikit maskara. Rasa terserlah kecantikan wajah akak yang asli (ceh!). Semua ni akak tidak dapat buat di sekolah. Jadi, akak menantikan saat masuk kampus untuk akak buat semua ini. Selalu berangan mahu bersolek comel-comel apabila ke kampus supaya orang pandang bersetuju kak Lisa lebih manis dari muka Maya Karin mahupun Lisa Surihani pelakon terkenal itu.
![]() | ||
| *Okay, I'm jealous of you both!* |
Akak pun berangan hendak cari bakal suami di kalangan pelajar lelaki yang paling bijak dan cerdik. Disebabkan cita-cita akak inilah akak tidak mahu bercinta di bangku sekolah dahulu.Bila ada orang mahu berkenalan, akak kata tunggu masuk kolej dulu.
note: Farid itu just 'teman tetapi mesra' a.k.a pengawal keselamatan akak. Dia belum isi borang mahu jadi 'bakal suami' lagi. T__T
-Apabila sudah bergelar pelajar kampus-
Not all university students dodgy! not all good students at this campus! Malah, lebih ramai yang indah khabar dari rupa. Contohnya, si Farid yang dera saya itu! (baca: Itu dulu, yang lepas jangan dikenang ^_^).
Jangan le nak berangan-angan nak bergolek tidur. Bila dah masuk kampus, akak lebih banyak berjaga malam ala-ala burung hantu kerana perlu siapkan tugasan pensyarah. Such as now, akak sakit kepala dan susah tidur! ;3
Memang tertekan sungguh hidup di kampus ini. Asyik dok kejar masa. Memang tak ada masa hendak bersuka ria macam dalam drama. Semua cerita dalam orr film menipu aje! F.A.K.E >_<
Nak bersolek 'comei-comei' sebelum ke kuliah?? Jangan mimpi! Pakai tudung pun kadang-kadang main rembat aja biladah nampak depan mata.Akak tiada masa mahu belek muka. Mahu berlama-lama di hadapan cermin, kira jerawat dan bintik-bintik hitam pun tak sempat! Sometimes kak lisa pergi ke kuliah pun dengan mata yang bengkak dan hitam di bawah kelopak mata! Bukan sebab mandi tak sental muka! Puncanya because tak cukup tidur kerana sibuk ulangkaji!
![]() | ||
| *Cantik mata dia, kan?* |
Hidup asyik di hadapan laptop bagi menyiapkan tugasan. Tiada masa sebenarnya mahu berfoya-foya, menggedik berfesyen di kampus, sebaliknya banyak masa perlu dihabiskan di perpustakaan. =,=
Conclusion:
Lisa tak dapat nak dreaming jadi princess di kampus. Apatah lagi hidup dikampus banyak dugaan yang perlu kak lisa harungi satu per satu. Oh, I'm stress!!! :3
Princess yang kuat merapu,
-Puteri Lisa-




No comments:
Post a Comment